CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 6, 2010

cerpen

jgn terlalu mengharapkan mentari selalu bersinar.......

Hanya takdir.
Alunan lagu we will not go down nyanyian Micheal Heart kedengaran lagi di telefon bimbit Ayatul Ulya.Namun tiada tanda bahawa Ulya akan mengangkat telefon bimbitnya. Siapalah pemanggil yang malang yang sentiasa mengharap panggilannya dijawab. Hampir  7 miscall Ulya melihat panggilan yang tidak di jawab, sengaja dia tidak menyimpan nombor tersebut,bagi dirinya buat apa untuk menyimpan  nombor telefon orang yang banyak mengecewakan dirinya. Ulya masih teringat kenangannya ketika usianya baru mencecah 12 tahun,dia sudah pun kehilangan kasih sayang daripada keluarga walaupun pada usia sedemikian, dia amat memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada keluarga.
                                         ##########################################
“ Aku ceraikan engkau dengan talak 1”,ucapan papa kepada mama masih terngiang- ngiang lagi , seperti baru di ucap semalam walaupun hampir mencecah 10 tahun. Ulya tahu pada usianya sebegitu dia tidak mampu untuk memperkatakan haknya sebagai seorang anak,dia hanya mampu mengalirkan air mata sebagaimana yang dilakukan oleh kanak- kanak lain. Dia tahu yang dia akan kehilangan seorang papa dalam hidupnya. Hal ini kerana, papa telah menyerahkan hak penjagaan anak kepada mamanya. Ulya merupakan anak tunggal Encik Aqill dan Puan Aliya. Encik Aqill bekerja sebagai engineer di sebuah syarikat yang terulung di ibu kota, manakala mamanya, Puan Aliya bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah yang terletak di ibu kota juga. Kesibukan En, Aqill yang mengejar dunia, talah menyedarkan Puan Aliya bahawa wang bukan segalanya untuk menjamin kebahagiaan. Puan Aliya dengan En. Aqill  mula tidak sehaluan semenjak Puan Aliya ternampak En. Aqill keluar dari sebuah kelab bersama seorang perempuan lain. Kepercayaan Puan Aliya kepada En. Aqill mulai luntur dan Puan Aliya mula menyibukan dirinya dengan menghadiri kelas agama, untuk mencari ilmu akhirat. En. Aqill pula, mulai mabuk dan sering keluar malam dan balik hampir lewat pagi. Puan Aliya sudah kering air mata untuk menasihati En. Aqill, namun nasihat Puan Aliya sedikit pun tidak menjentik naluri suaminya. Mungkin En Aqill mulai ketagih dengan syurga dunianya sekarang,yang penuh dengan wang yang tidak tahu puncanya, mungkin tidak diberkati dan diredhai oleh Pencipta yang Esa. Akhirnya mama dan papa Ulya mengambil keputusan untuk berpisah. Mungkin ini jalan terbaik bagi setiap pasangan yang yang tidak sehaluan lagi dalam rumah tangga mereka. Walaupun mereka tahu, penceraian merupakan perkara yang amat di benci oleh Allah SWT. “Ulya lepas ni papa dan mama tak boleh duduk bersama, harap Ulya faham,” ujar papa kepada Ulya, “tapi papa janji akan melawat Ulya setiap hari, sebab papa  rindu nak main dengan Ulya macam dulu- dulu,” Ulya mengerti, dia hanya mampu menundukkan matanya, dia masih teringat, sebelum ayah dan mamanya tidak sehaluan, mereka sering melakukan aktiviti keluarga. Keluarganya akan pergi ke taman rekreasi, dan di situlah mereka akan bermain layang- layang ataupun bersenda gurau. Sewaktu itu, Ulya fikir keluarganya akan bahagia selama- lamanya. Namun disangkakan panas sampai ke petang, namun hujan turun di tengah hari. “papa janji yek, akan main dengan Ulya tiap- tiap hari, Ulya teringin nak jadi macam dulu- dulu, ada papa dan mama,” akhinya Ulya meluahkan  apa yang bersarang di dalam hatinya. “Tapi sayang..err… sekarang ni papa hanya boleh main dengan ulya jek, sebab….”, kata Encik Aqill tersekat, mungkin tidak mampu untuk meluahkan kata penceraian di hadapan seorang kanak- kanak yang baru mencecah 12 tahun. Walaupun Ulya berusia 12 tahun, tapi pemikirannya agak matang. Dia faham apa yang ingin diperkatakan oleh ayahnya. “Papa, nanti Ulya tunggu papa kat rumah tau!,” laung ulya kepada papanya.
Keesokan petangnya, Ulya tunggu di halaman rumahnya, hon papa kedengaran di luar pagar, menandakan papanya ingin mengambilnya untuk membawanya ke taman rekreasi. Ulya bersorak kegembiraan,Puan Aliya memanggil Ulya,mamanya sempat berpesan, supaya jaga tingkah laku, di hadapan papa dengan kawan papa. “kawan papa ikut sekali ke mama?,” soal Ulya. “ ya, sayang, jaga tingkah laku di hadapan kawan papa ya, cuba sayang dia macam ulya sayang kat mama..,” pesan mama. Ulya tidak faham apa yang di bicarakan oleh mamanya. Hon papa kedengaran , tanda tidak mahu menunggu lagi.   “Argh, papa selalu macam ni, tak pernah nak bersabar, nasib baik mama seorang yang penyabar,” bisik hati kecil Ulya, Ulya terus memeluk  serta mencium  mamanya. Terasa eratnya pelukan mamanya,mungkin mama terasa berat untuk melepaskan Ulya bersama bekas suaminya.  “ Ma, Ulya pergi sekejap je, Ulya janji nanti malam kita makan sama- sama ye,” luah ulya. “ Nanti mama masakan yang sedap- sedap untuk anak mama ya, maafkan mama ye sayang,” bisik mama ke telinga Ulya. Ulya tidak sedap hati sepanjang perjalanannya ke taman rekreasi, kata- kata akhir mamanya seakan- akan menusuk ke kalbunya. Kawan papa yang di maksudkan oleh mama mungkin bakal isteri baru papa, mereka amat mesra seperti pasangan yang tengah hangat bercinta, tanpa mempedulikan perlakuan mereka di perhatikan oleh Ulya dengan perasaan meluat. Namun perlakuan mereka tidak langsung mencuit hati Ulya, di fikiran Ulya hanya kepada kata-kata mamanya. Mungkin mama takut kawan papa akan benci kat Ulya kot, Ulya bermonolog bersendirian untuk menyedapkan hatinya. Tiba- tiba telefon bimbit papa berdering, Ulya memandang dengan perasaan ingin tahu, pemilik siapakah yang  menelefon papa. Papa terus membelokan keretanya  menuju ke pusat Bandar,tapi kenapa???, bukankah taman rekreasi terletak di pinggiran kota. Ulya hanya mengikut rentak papanya, manakala kawan papa yang di panggil Auntie Linda hanya menjeling papa, tanda tidak puas hati, mungkin perancangan ke taman rekreasi terpaksa di batalkan. Hati Ulya tercuit melihat wajah Auntie Linda yang masam itu, tak ubah macam buah mangga muda. Tiba- tiba Ulya teringat mamanya, mama tak pernah bermasam muka dengan papa, kalau perancangan riadah terpaksa di batalkan,mama hanya tersenyum dan mengerti keadaan papa yang ingin terbaik untuk keluarganya. Ulya berasa kaget apabila kereta papanya memasuki kawasan hospital. “ Siapa sakit papa?,” soal Ulya. Encik Aqill terus memeluk anak tunggalnya itu. Ulya terus dipimpin oleh papanya masuk ke ruang kecemasan. Tiba- tiba sekujur tubuh yang di baluti kain putih melewati kami. Papa menuntun Ulya megikuti tubuh yang di baluti kain putih itu. Apabila kain putih itu di buka pada bahagian muka,bertapa terkejutnya Ulya melihat wajah mamanya yang pucat lesi dan belumuran darah.Ulya menangis teresak-esak.
Hampir seminggu Puan aliya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika ingin ke pasaraya. Ulya terpaksa tinggal bersama papanya, sehinggalah pada suatu malam, Ulya terdengar papanya berbincang sesuatu tentang dirinya di dalam telefon. Ulya tidak pasti, apa yang di bincangkan, yang dia tahu papanya ingin membawanya ke suatu tempat.
Keesokan harinya, Encik Aqill menyuruh Ulya mengemas baju kerana dia terpaksa membawa Ulya ke suatu tempat. Kereta En. Aqill tiba di suatu kawasan yanga amat tenang,Ulya melihat ramai kanak- kanak yang sebaya dengannya tengah bermain. Akhirnya Ulya mengerti, yang dia akan tinggal di rumah anak yatim Dinul Huda. En Aqill terpaksa meninggalkan Ulya di rumah tersebut kerana dia akan menikahi Auntie linda dan Auntie Linda tidak mahu Ulya tinggal bersama dengannya. Ulya tidak mempunyai datuk dan nenek,juga saudara mara. Hal ini kerana, papa dan mama juga anak yatim piatu, yang dibesarkan di rumah anak- anak yatim juga. Sebak hati Ulya mengenangkan sikap papanya yang lebih mementingkan orang luar daripada dirinya. Mungkin ini adalah ujian yang menandakan Allah masih menyayangi kita, itulah pesan arwah Puan Aliya jika Ulya menghadapi kesulitan. Ulya pasrah…
“Papa janji akan melawat Ulya,”itulah janji terakhir papa ketika kali pertama En Aqill meninggalkannya di rumah anak yatim itu. Semejak dari hari itu, En Aqill lansung tidak bertanya khabarnya,melawat lagikan pula jauh sekali. Ulya merasa papanya telah membuangnya dari kehidupan papa. Terima kasih papa atas segalanya. Ulya bernasib baik, kerana pengetua di rumah anak yatim , yang dipanggil Umi sering menasihatinya dengan memberi kata- kata semangat. “Ulya, kalau kita tadabbur surah 2 ayat 216 Allah ada berfirman: sesuatu yang kita suka, x semestinya baik untuk kite, mungkin yang kita benci itulah yang baik untuk kita. Segala yang berlaku pasti ada hikmah, mungkin hikmah itu dihijab dengan kelalaian kita, yang sering mengeluh apabila diuji,” nasihat umi kepada Ulya ketika Ulya mempersoalkan kenapa papanya berlaku kejam pada dirinya.
to be continue.......

No comments: