CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 9, 2012

nak RAJIN ke MALAS??


Assalamualaikum…
Lama betul x update n3 baru…n3 kali berkenaan rajin vs malas..

Sekarang adalah minggu final exam untuk student IPT,,huaa….mesti rasa malaskan nk mengadap buku,Tapi bila nk berfacebooking,mesti rajin…hahahah,,,lumrah seorang student..Tengah hari tadi, kte ada baca buku GenQ terbitan stormreaders,,best kalo korang dapat baca buku ni, byk input yang boleh kte dapat,, then kte tertarik dengan satu tajuk penawar penyakit popular masa kini..waktu mula2 baca artikel ni pon, kte dh tertarik dengan ayat:

 “ Anda tidak dilahirkan sebagai pemalas kerana anda ini juga rajin orangnya. Anda rajin kemaskini FB anda tanpa gagal. Anda rajin bersembang dengan kawan tentang seseorang. Anda rajin main games hingga lupa makan n minum. Anda juga rajin menonton TV meskipun azan sudah berkumandang. Maknanya anda boleh menjadi rajin dan sudah terbukti pon anda boleh. Maka pilihlah RAJIN dgn belajar bersungguh-sungguh, menyiapkan tugasan kursus, melaksanakan perkara yg diputuskan dalam mesyuarat atau apa sahaja yg bermanfaat”

ayat kat atas ni la boleh jadi motivator kpd kita semua..ayat ni mmg terbaik!!! So korang suma jgn risau…berdoalah kepada Allah agar dihapuskan sifat malas…aza2 fighting!!!! N selamat menghadapi final exam!!