CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 29, 2010

Di TaG OlEh ciK SeNa!!!

Apa yang paling penting dalam hidup korang?


agama n family 

Benda terakhir korang beli guna duit sendiri?


duit sendiri???kalo duit PTPTN n blnja dr family ada la...

Adakah korang bercinta sekarang?


yep....

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?


selama-lamanya...

Di mana korang akan jumpa kekasih korang?


time subuh,zohor,asar,maghrib n isyak...n waktu2 yang lapang...



Novel/buku/majalah terakhir korang beli?
  • novel lafazkan kalimah cintamu-siti rosmizah
  • buku introduction of elctric circuit-mcgraw hill
  • dara.com-karangkraf
Apakah nama penuh korang?
  • Nur Aisyah Bt Md Yusof

Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
  • of cos la my mom....

Namakan orang yang betol2 korang nak jumpa?

  • secret.....

Namakan tempat yang korang betol2 nk pegi?
     ♥tanah suci...
     ♥ jepun-The University of Tokyo     ♥ singapore-universal studio(org kata best kot tempat tu)

Pilih salah satu..peluk atau cium?

  • secret la....hehhehehe

5 lagu yang bermakna dalam hidup korang?
     ♥ the chosen one-maher zain....minat gle lagu ni...
     ♥ menyesal
     ♥ this is me
     ♥ cebisan kenangan
     ♥ gotta go my own way

Beritahu 3 perkara tentang orang yang tag korang?
     ♥ dia suka sgt cter korea...x tau la sebab pe...mybe plakon2 tu ala2 mke dy kot..
     ♥ kalo kat skola org pggil dy cik sena...sedapkan????
     ♥ kawn yang x patah balik ke skola lama...hahahah...x mcm2 kwn2 dy yg len...x tahan dugaan...


5 benda yang korang sayang sangat2 dalam hidup korang?

  • my family!!!i luv them...
  • luvly frenz..
  • pencil
  • novel2 kat umah..
  • lappyku!!

Bila tarikh lahir korang dan di mana korang sambut tahun lepas?

  • 7 Julai....waaaaaaa!!!ni yang paling cdey,,,besday jtuh tme mggu orentasi..x de spe tahu,.jez my luvly rumet jek...

5 blogger/followers yang korang nak tag?
     ♥ bang caq     ♥ linda     ♥ shaifulafendy     ♥ yani
     ♥ jannah

~~MeNcabAr kOOOOOtttt~~~

assalamualaikum...n moornink semua....
hope u all hepi2 selalu....
heheheh..kteorg pemandu berhemah...so x kene saman..


hahahahhaahha..(gelak dulu before nk menaip entri ni)....sudah2...x boleh gelak banyak2 nanti ilmu boleh hilang...(kata2 kawan kte time duduk asrama kat sekolah menengah)...
tanggal 28\11\2010.....hari yang mencabar sangat....nak tahu sebab apa???
b'coz semalam kteorang pergi ke satu mall ni(kteowang ni refer kepada budak pompuan PPk Micro-e)...memang klaka la...mall ni pulak agak la jauh dengan tempat kteowg blaja...dengan penuh sifat kemalasan nak tggu bas,so kteowg pon decide sewa kereta viva last minute...huhuhu...nk bawa kancil tapi x muat...huhuhuh..ni bukan kes nak belagak pkai kereta up to date cket ye...nak jadikan satu cerita..bfore  nak sewa kereta, kte perlulah mengisi form untuk mengelak daripada berlaku sebarang kes seperti saman n others la...then..dengan penuh konfidennya kawan kte yang baru dapat lesen L pon nak drive coz dia ni berani cket daripada kte yang dh lama ada lesen..wakakaka...tp blom lagi jauh daripada tauke kereta sewa(depan tauke kot)...nk reverse terus mati enjin...tp dia berjaya la bawak smpai masuk taman..tp still mati enjin tengah jalan.(kete blakang tgok jek).kteorang gelabah la kot,,,tak kan la x jadi sewa pulak..nanti burn duit kteorang...(rugi-rugi)...lastly,kte pon ambil alih..tp yang problem untuk diri kte ni,x reti nak reverse la pulak...huhuhuh..tu masalh yang berlaku..confuse nak pusing stereng belah mana..(al-maklumlah kalo drive selalu bawa ke depan jek)...so,tukar lah lagi tangan kepada kawan kte yang sorang lagi pulak..dia ni terror drive,tp de problem is dy pandai bawa auto jek...(oh no!!!!)..how our journey!!...so, kteorang sebagai penumpang mengumpul seluruh kekuatan untuk teruskan perjalanan,even kteorang tahu  yang kawan kteowg ni pndai Auto jek...(berserah jela...ajal maut di tangan tuhan)..kes2 lucu semasa pemanduan yang selalu terjadi:


1- time kat trafic light mesti mati enjin..(bila di +,-,* n /...banyak giler traffic light, tapi ada certain traffic x mati...heheheh,,yang tu kteorang bangga)
2-asal nk tukar gear mesti kene sengguk dulu...huhuhuh...tapi dalam beberapa jam selepas itu,dia semakin terror....smooth jek...
3-salah msuk la pulak..part ni paling x boleh tahan..mana x nya..kre tempah maut la jgak...ish2..kteorang nk park kete dekat ground so kene la msuk bwh mall tu,,,tp oleh kerana ni 1 st tme msok ground nk park kete,so tanda kluar pon nmpak masok...dengan tidak bersalahnya kteorg pon msuk la....n trus park..(nsib baik x de kereta)
4-time nak bayar parking kene naik bukit,so kete kteowg x boleh naik,tp asyik nk turun jek...lastly,suruh abang kaunter tiket naikkan kereta kteorang!!!(thanx yek abang kaunter!!!)-malu kot...
5-salah masuk jalan...so terpaksa reverse,,,then gear reverse x msok,trus ke depan..tp selamat lagi..(kawan2 kat belakang kata,wei ko nak terjun laut ke!!)-time ni kte drive...spt yang korang tahu,kte x reti reverse la!!!...tp selamat...
6-sanggup pusing balik,coz terlepas simpang...nk reverse balik x reti...(jauh,perabih minyak jek)


kesimpulan yang boleh di buat kat cni....
-korang perlulah merancang perjalanan korang..jgn last minute baru nak rancang...
-ajal maut n jodoh pertemuan semua di tangan tuhan...(tgok kteorg still selamat,n kte masih boleh tlis blog.,walaupun terlalu banyak cabaran dia....hehehhehe)...
-berani  mestilah ada pada setiap kaum wanita....
-bila dah ada lesen jangan simpan lesen tu,kalau boleh korang kene bawak,untuk meningkatkan tahap confiden korang...


apa2 pon semalam hari yang best n adventure untuk kteorang berenam....
kteorg dah blaja sesuatu yang baru.....

Saturday, November 27, 2010

LeXX Luuuuuuu!!!!

Mesti Korang Tnsion kan????tp kalo x tension pon, korang buat2 jek tension....hahhahahah

kte nk kongsi satu citer yang agak klaka la jugak...(kte ambil kat dalam majalah Rapi jek...x mmpu nak buat sndiri)


citer ni x ada kene mengena dengan sapa2 yek



Title: Masalah pendengaran... 

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

 "Entahlah doc. Yg jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Wokeyh, cuba buat macam ni. berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu....kalau dia x dengar jugak, berdirilah lebih dekat dengan dia,lalu katakan apa yang kamu katakan tadi....kalau dia x dengar jugak,dekatkan jarak sedikit demi sedikit...dengan itu saya akan tahu jarak maksima tahap pendengarannya."

Udin pon balik lah rumah dan mendapati isterinya tengah memasak...hehhehehe...
Udin pon melakukan apa yang disuruh oleh doktor tadi..
dari jarak 6 meter:
Udin berteriak=

"Makan apa malam ni?"...x ada jawapan..

jarak 5 meter:
Udin berteriak skali lagi=

"Makan apa malam ni?"...still x ada jawapan...

begitula juga jarak 3 meter..Akhirnya ,Udin pon berdiri di samping isterinya.

"Makan apa malam ni?" katanya separuh menjerit..

Si isteri dengan  berlinangan dgn air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya saya beritahu, KARI KAMBING!!!!!!!"

hahahaahahaha...rupa2 nya si Udin yang pekak!!!!sabar jek....



the moral of the storie: cermin diri kita sebelum nak mengata orang lain...
                                   tiada manusia yang sempurna...

Thursday, November 25, 2010

~~CiNta & AnuGeraH~~


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...


P/s: Thanx For my beloved frenz Nur Hazierah yang sudi share this article in de FB...

Wednesday, November 24, 2010

sPonGebOB sQuarePant....

wah...bersua kte skali lagi yek.....uih...sjak minggu exam ni memang susah sungguh nak jenguk blog...sibuk sikit...semalam saje dah ada 2 paper...BM pastu Electric Circuit....huh....soklan electric circuit agak mencabar,tp nasib baik ada certain soalan tu ada dalam extra exercise yang lcturer bagi....cuma,siapa buat dia tahu la nak buat,tp siapa x buat memang rugi...kte ni dikategorikan rugi la jugak,coz x buat semua soalan dalam extra exercise...hahahahahah...smalam hari yang pling penat,penat otak...kesian kat otak kn......tapi nak buat macam mana..dah exam...
lepas jek habis paper elctric cicuit tepat jam 11.30 malam,wahhhhhh..kte rasa hepi sangat2....trus plan nak pergi KFC untuk dapatkan mainan yang chicky meal pye....huhuhuhu...comey sgt....nk tgok!!!!

 mata luv

mata normal
mainan ni boleh berubah mata...kte boleh tukar nak normal atau bentuk luv...nak tukar kne tarik yang benda colour hijau tu....nmpak x???hehheeh...
wokeylah..setakat ni je la yang mampu nak tulis..coz nk stdy untuk paper programming language pulak...daaaaaa

Friday, November 19, 2010

~~BAnjir=FloOd~~

bersua kte sekali lagi...
hari ini x ada apa yg kte nk cakap,jez nak share gmbr banjir kat perlis....
gambar ni kte ambil kat dalam bas..hari tu,kte nk pergi kangar beli tiket bas,x sangka pulak rupa-rupanya kangar dah banjir,,tp time tu x teruk lg...kre esoknya baru teruk,coz air kat empangan mane entah diorang bukak...
jom tgok!!!

















p/s: smoga mangsa banjir tabah menghadapi ujian..
      ini menunjukkan Allah SWT masih menyayangi kita,
      Dia masih memerhatikan kte di dunia ini,,,
      sapabila kte sabar dengan ujian Nya,pasti akan d'beri ganjaran...
     janji Allah kepada mereka yang SABAR

Tuesday, November 9, 2010

selasa datang kembali..

assalamualaikum n mornink sume!!!!

hope hri n pg mood kte sntiasa hepi spnjg hari....walaupon smalam mood kte excited nk study,tp boleh dikatakan 1 soalan 1 hari gak la nk ciapkan,so mood kte pon dah bertukar kepada mood X SUKA!!! ...ye la elctric circuit kot..macam2 rupa circuit dah kte tgok...
tp apa2 pon kte kene juga buat yang terbaik...kalo bleh nk skor la subjek ni...actually sbject ni x ada la susah mana kalo kte faham..tp oleh kerana kefahaman kte dlm subject ni agak lmah,so mmg susah la nak faham...nasib baik la semalam rakan2 seperjuangan byk membantu kte....thanx yek semua!!!
n nk share kat sume soklan electric circuit yg kte x reti...wakakakaka.....






1.                   Refer to the circuit in Figure 3, solve for the following:
i)        Using only node voltage method, find V1, V2, V3, I1, and I2
ii)       Determine the total power dissipated by all the resistors and show that the entire power is supplied by the 2 A current source.
iii)     If I1 is zero, the 12 V source may be disconnected (by open circuiting). Redraw the circuit of Figure 1 under this condition. Then, find I2 by using current divider and verify that the value obtained is similar as in a).


HOPE NJOY LA DGN SOALAN NI.....

Monday, November 8, 2010

hari ni hari isnin....

assalamualaikum sume!!!

x nk jd mls mcm bear ni....
hmmm....hr ni hr isnn...hr permulaan utk kte m'buat sesuatu...slalunya hari ni kte akan bersemangat untuk melakukan sesuatu..ntah la..mybe mood utk stdy dtg kmbali kalo sbut hari isnin..hahhaahah...n sedar x sedar dah  5 ari kte duk kat umah....mcm mana la perlis kan???tp kte ada la dpt cket in4mation mengatakan banjir di perlis semakin surut..alhamdulillah sgt....moga2 kawan2 kte kat wang ulu tu sihat-sihat belaka..tbe2 jek rindu la plak dekat akma n nab..ni la classmte yg tggal...mne kte pergi diowg msti ada....kre kwn susah snang la...hmm...asalnya plan kte nk tggl kat wang ulu smpai la mggu ni..kre next week la bru blik penang..ehh..silap2...balik mggu lpas penang,pastu dtg blik mggu ni perlis,n next week blik terus penang..(paham x??)tp kte ni hanya merancang jek,Allah yg menentukan..oleh sebab bnjir telah melanda perlis...so kte batalkan lah rncangn kte tu...huhuhuh...ermm...dah la final exam around de corner jek lagi...harap2 kte dpt la study walaupun tggal kat umah...hehehehehe...ye la..kat rumah ni byk cket pengaruh untuk x nak stdy...hehhehehe...smoga hari ini lebih baik dr semalam....huuhuhu..daaaaaaaaaaa.....

Saturday, November 6, 2010

cerpen

jgn terlalu mengharapkan mentari selalu bersinar.......

Hanya takdir.
Alunan lagu we will not go down nyanyian Micheal Heart kedengaran lagi di telefon bimbit Ayatul Ulya.Namun tiada tanda bahawa Ulya akan mengangkat telefon bimbitnya. Siapalah pemanggil yang malang yang sentiasa mengharap panggilannya dijawab. Hampir  7 miscall Ulya melihat panggilan yang tidak di jawab, sengaja dia tidak menyimpan nombor tersebut,bagi dirinya buat apa untuk menyimpan  nombor telefon orang yang banyak mengecewakan dirinya. Ulya masih teringat kenangannya ketika usianya baru mencecah 12 tahun,dia sudah pun kehilangan kasih sayang daripada keluarga walaupun pada usia sedemikian, dia amat memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada keluarga.
                                         ##########################################
“ Aku ceraikan engkau dengan talak 1”,ucapan papa kepada mama masih terngiang- ngiang lagi , seperti baru di ucap semalam walaupun hampir mencecah 10 tahun. Ulya tahu pada usianya sebegitu dia tidak mampu untuk memperkatakan haknya sebagai seorang anak,dia hanya mampu mengalirkan air mata sebagaimana yang dilakukan oleh kanak- kanak lain. Dia tahu yang dia akan kehilangan seorang papa dalam hidupnya. Hal ini kerana, papa telah menyerahkan hak penjagaan anak kepada mamanya. Ulya merupakan anak tunggal Encik Aqill dan Puan Aliya. Encik Aqill bekerja sebagai engineer di sebuah syarikat yang terulung di ibu kota, manakala mamanya, Puan Aliya bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah yang terletak di ibu kota juga. Kesibukan En, Aqill yang mengejar dunia, talah menyedarkan Puan Aliya bahawa wang bukan segalanya untuk menjamin kebahagiaan. Puan Aliya dengan En. Aqill  mula tidak sehaluan semenjak Puan Aliya ternampak En. Aqill keluar dari sebuah kelab bersama seorang perempuan lain. Kepercayaan Puan Aliya kepada En. Aqill mulai luntur dan Puan Aliya mula menyibukan dirinya dengan menghadiri kelas agama, untuk mencari ilmu akhirat. En. Aqill pula, mulai mabuk dan sering keluar malam dan balik hampir lewat pagi. Puan Aliya sudah kering air mata untuk menasihati En. Aqill, namun nasihat Puan Aliya sedikit pun tidak menjentik naluri suaminya. Mungkin En Aqill mulai ketagih dengan syurga dunianya sekarang,yang penuh dengan wang yang tidak tahu puncanya, mungkin tidak diberkati dan diredhai oleh Pencipta yang Esa. Akhirnya mama dan papa Ulya mengambil keputusan untuk berpisah. Mungkin ini jalan terbaik bagi setiap pasangan yang yang tidak sehaluan lagi dalam rumah tangga mereka. Walaupun mereka tahu, penceraian merupakan perkara yang amat di benci oleh Allah SWT. “Ulya lepas ni papa dan mama tak boleh duduk bersama, harap Ulya faham,” ujar papa kepada Ulya, “tapi papa janji akan melawat Ulya setiap hari, sebab papa  rindu nak main dengan Ulya macam dulu- dulu,” Ulya mengerti, dia hanya mampu menundukkan matanya, dia masih teringat, sebelum ayah dan mamanya tidak sehaluan, mereka sering melakukan aktiviti keluarga. Keluarganya akan pergi ke taman rekreasi, dan di situlah mereka akan bermain layang- layang ataupun bersenda gurau. Sewaktu itu, Ulya fikir keluarganya akan bahagia selama- lamanya. Namun disangkakan panas sampai ke petang, namun hujan turun di tengah hari. “papa janji yek, akan main dengan Ulya tiap- tiap hari, Ulya teringin nak jadi macam dulu- dulu, ada papa dan mama,” akhinya Ulya meluahkan  apa yang bersarang di dalam hatinya. “Tapi sayang..err… sekarang ni papa hanya boleh main dengan ulya jek, sebab….”, kata Encik Aqill tersekat, mungkin tidak mampu untuk meluahkan kata penceraian di hadapan seorang kanak- kanak yang baru mencecah 12 tahun. Walaupun Ulya berusia 12 tahun, tapi pemikirannya agak matang. Dia faham apa yang ingin diperkatakan oleh ayahnya. “Papa, nanti Ulya tunggu papa kat rumah tau!,” laung ulya kepada papanya.
Keesokan petangnya, Ulya tunggu di halaman rumahnya, hon papa kedengaran di luar pagar, menandakan papanya ingin mengambilnya untuk membawanya ke taman rekreasi. Ulya bersorak kegembiraan,Puan Aliya memanggil Ulya,mamanya sempat berpesan, supaya jaga tingkah laku, di hadapan papa dengan kawan papa. “kawan papa ikut sekali ke mama?,” soal Ulya. “ ya, sayang, jaga tingkah laku di hadapan kawan papa ya, cuba sayang dia macam ulya sayang kat mama..,” pesan mama. Ulya tidak faham apa yang di bicarakan oleh mamanya. Hon papa kedengaran , tanda tidak mahu menunggu lagi.   “Argh, papa selalu macam ni, tak pernah nak bersabar, nasib baik mama seorang yang penyabar,” bisik hati kecil Ulya, Ulya terus memeluk  serta mencium  mamanya. Terasa eratnya pelukan mamanya,mungkin mama terasa berat untuk melepaskan Ulya bersama bekas suaminya.  “ Ma, Ulya pergi sekejap je, Ulya janji nanti malam kita makan sama- sama ye,” luah ulya. “ Nanti mama masakan yang sedap- sedap untuk anak mama ya, maafkan mama ye sayang,” bisik mama ke telinga Ulya. Ulya tidak sedap hati sepanjang perjalanannya ke taman rekreasi, kata- kata akhir mamanya seakan- akan menusuk ke kalbunya. Kawan papa yang di maksudkan oleh mama mungkin bakal isteri baru papa, mereka amat mesra seperti pasangan yang tengah hangat bercinta, tanpa mempedulikan perlakuan mereka di perhatikan oleh Ulya dengan perasaan meluat. Namun perlakuan mereka tidak langsung mencuit hati Ulya, di fikiran Ulya hanya kepada kata-kata mamanya. Mungkin mama takut kawan papa akan benci kat Ulya kot, Ulya bermonolog bersendirian untuk menyedapkan hatinya. Tiba- tiba telefon bimbit papa berdering, Ulya memandang dengan perasaan ingin tahu, pemilik siapakah yang  menelefon papa. Papa terus membelokan keretanya  menuju ke pusat Bandar,tapi kenapa???, bukankah taman rekreasi terletak di pinggiran kota. Ulya hanya mengikut rentak papanya, manakala kawan papa yang di panggil Auntie Linda hanya menjeling papa, tanda tidak puas hati, mungkin perancangan ke taman rekreasi terpaksa di batalkan. Hati Ulya tercuit melihat wajah Auntie Linda yang masam itu, tak ubah macam buah mangga muda. Tiba- tiba Ulya teringat mamanya, mama tak pernah bermasam muka dengan papa, kalau perancangan riadah terpaksa di batalkan,mama hanya tersenyum dan mengerti keadaan papa yang ingin terbaik untuk keluarganya. Ulya berasa kaget apabila kereta papanya memasuki kawasan hospital. “ Siapa sakit papa?,” soal Ulya. Encik Aqill terus memeluk anak tunggalnya itu. Ulya terus dipimpin oleh papanya masuk ke ruang kecemasan. Tiba- tiba sekujur tubuh yang di baluti kain putih melewati kami. Papa menuntun Ulya megikuti tubuh yang di baluti kain putih itu. Apabila kain putih itu di buka pada bahagian muka,bertapa terkejutnya Ulya melihat wajah mamanya yang pucat lesi dan belumuran darah.Ulya menangis teresak-esak.
Hampir seminggu Puan aliya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika ingin ke pasaraya. Ulya terpaksa tinggal bersama papanya, sehinggalah pada suatu malam, Ulya terdengar papanya berbincang sesuatu tentang dirinya di dalam telefon. Ulya tidak pasti, apa yang di bincangkan, yang dia tahu papanya ingin membawanya ke suatu tempat.
Keesokan harinya, Encik Aqill menyuruh Ulya mengemas baju kerana dia terpaksa membawa Ulya ke suatu tempat. Kereta En. Aqill tiba di suatu kawasan yanga amat tenang,Ulya melihat ramai kanak- kanak yang sebaya dengannya tengah bermain. Akhirnya Ulya mengerti, yang dia akan tinggal di rumah anak yatim Dinul Huda. En Aqill terpaksa meninggalkan Ulya di rumah tersebut kerana dia akan menikahi Auntie linda dan Auntie Linda tidak mahu Ulya tinggal bersama dengannya. Ulya tidak mempunyai datuk dan nenek,juga saudara mara. Hal ini kerana, papa dan mama juga anak yatim piatu, yang dibesarkan di rumah anak- anak yatim juga. Sebak hati Ulya mengenangkan sikap papanya yang lebih mementingkan orang luar daripada dirinya. Mungkin ini adalah ujian yang menandakan Allah masih menyayangi kita, itulah pesan arwah Puan Aliya jika Ulya menghadapi kesulitan. Ulya pasrah…
“Papa janji akan melawat Ulya,”itulah janji terakhir papa ketika kali pertama En Aqill meninggalkannya di rumah anak yatim itu. Semejak dari hari itu, En Aqill lansung tidak bertanya khabarnya,melawat lagikan pula jauh sekali. Ulya merasa papanya telah membuangnya dari kehidupan papa. Terima kasih papa atas segalanya. Ulya bernasib baik, kerana pengetua di rumah anak yatim , yang dipanggil Umi sering menasihatinya dengan memberi kata- kata semangat. “Ulya, kalau kita tadabbur surah 2 ayat 216 Allah ada berfirman: sesuatu yang kita suka, x semestinya baik untuk kite, mungkin yang kita benci itulah yang baik untuk kita. Segala yang berlaku pasti ada hikmah, mungkin hikmah itu dihijab dengan kelalaian kita, yang sering mengeluh apabila diuji,” nasihat umi kepada Ulya ketika Ulya mempersoalkan kenapa papanya berlaku kejam pada dirinya.
to be continue.......